Monday, March 27, 2017

YDP Bera, Bentong, Indera Mahkota kekal


TEMERLOH: Tiga Kawasan PAS yang bermesyuarat agung semalam iaitu Bera, Bentong dan Indera Mahkota, mengekalkan Yang Dipertua (YDP) masing-masing.

Mereka ialah Musaniff Abdul Rahman (Bera), Ustaz Abdul Hamid Bahatim (Bentong) dan Andansura Rabu.

Bagi Bera dan Bentong, juga mengekalkan TYDP dan NYDP masing-masing iaitu Shahrul Mohamad dan Hashim Ahmad. Sementara di Bentong Khairudin Abdullah dan Yatim Abu kekal.

Bagaimanapun di Indera Mahkota perwakilan memilih muka baru dan muda bagi TYDP dan NYDP mereka iaitu Tengku Zaidi Tengku Musa serta Khaspi Kosnin.

Pesuruhjaya PAS Perak Hj Razman Zakaria merasmikan mesyuarat di Bera, manakala Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad masing-masing merasmikan mesyuarat di Bentong dan Indera Mahkota.

Semalam merupakan Mesyuarat Agung Tahunan terakhir bagi 14 kawasan PAS di negeri Pahang. Manakala minggu hadapan akan bermula mesyuarat agung bagi dewan-dewan negeri.



Hj Razman sedang menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung di Darul Ikhwan, Bera sambil diperhatikan oleh Musaniff



No comments:

Post a Comment