Monday, March 20, 2017

Mesyuarat Agung PAS, satu berubah dua kekal


TEMERLOH: Tiga Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan yang diadakan semalam bagi mengukuhkan kedudukan kabinet masing-masing menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang dijangka diadakan tahun ini.

Kawasan tersebut melibatkan Kuala Krau, Temerloh dan Pekan.

Di Kuala Krau, bekas Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz dipilih sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Krau yang baru menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS melepaskan jawatan YDP PAS kawasan itu untuk sesi 2017-2019.

Dalam pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau semalam, Naib YDP sesi lalu Ustaz Kamal Ashari yang juga Timbalan Pengerusi Tetap PAS Pusat, dipilih sebagai TYDP.

Manakala orang lama Haji Nazri Husin dipilih sebagai NYDP.

Mesyuarat Agung diadakan di tapak Kompleks Al-Makmur, Kerdau.

Sementara mesyuarat agung di Darul Amin Sungai Gau di sini menyaksikan tiga pimpinan tertinggi PAS Kawasan Temerloh, kekal iaitu Md Jusoh Darus (YDP), Hassanuddin Salim TYDP) dan Hasan Omar (NYDP).

Sebelum itu Hassanuddin dicabar oleh bekas Setiausaha Kawasan sesi lalu Ustaz Abirerah Awang Chik.

Kedua-dua mesyuarat agung dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin.

Di Pekan, perwakilan juga mengekalkan barisan lama iaitu Ustaz Abu Kassim Manaf (YDP), Ustaz Fadzil Noor (TYDP) dan Kapten Ahiatuddin (NYDP).


Hashim diiringi dan disambut AJK PAS Kawasan Temerloh di Darul Amin Sungai Gau



No comments:

Post a Comment