Tuesday, January 25, 2011

Ibu Ahli Parlimen Temerloh meninggal dunia

Setelah berbulan-bulan dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN), kami menerima mesej sebentar tadi ibu kepada Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Menurut mesej berkenaan, pesara guru Ramlah Uda, 75, akan dikebumikan di Rawang, di rumah salah seorang anaknya.

Tahun lalu, bapa Saifuddin, Ustaz Abdullah Tahir meninggal dunia dan turut dikebumikan di Rawang.

Ibu Saifuddin berasal dari Kampung Lebak, Temerloh dan sebelum ini menetap di perumahan Taman Seri Semantan, Batu 3 Temerloh.

Kami mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Saifuddin dan berharap bersabar sambil mendoakan roh Allahyarhamah mendapat tempat kemuliaan di sisi Allah SWT.


No comments:

Post a Comment