Friday, October 15, 2010

Dr Asyraf, Annuar Musa calon BN Galas?


Entahkan hanya andaian entahkan betul-betul, sudah ada kenyataan dalam blog tertentu bahawa calon yang disenaraikan Umno/BN bagi Dun Galas dalam pilihan raya kecil nanti ialah Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Seri Annuar Musa.

Perkara ini tidak dapat dipastikan kebenarannya akan tetapi dua tokoh inilah yang disebut-sebut akan diturunkan Umno bagi menentang PAS.

Dr Asyraf, 32, anak kepada Datuk Haji Dusuki Bin Ahmad, ialah calon BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac 2008, di Parlimen Tumpat yang tewas kepada calon PAS , Datuk Kamaruddin Jaafar. Beliau merupakan pemegang Ph.D dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam dari dari Loughborough University pada 2002. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Profesor dalam jurusan kewangan dan perbankan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Annuar, 56, pula ialah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang tewas kepada calon PKR Ab. Aziz Ab. Kadir di Parlimen Ketereh pada PRU lalu. Beliau merupakan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar yang kini dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Juga selama 14 tahun pernah berada dalam MT Umno.

Bekas Ketua Pembangkang ini memiliki sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London, kini merpakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).





No comments:

Post a Comment